Showing posts with label Majlis pernikahan. Show all posts
Showing posts with label Majlis pernikahan. Show all posts

Saat Bergelar Isteri...

Tanggal 28 Nov 2009, detik jam 8.30 malam, saat ini bermulalah penghidupan baru bagi diriku. Statusku juga telah bertukar. Kalau selama ini aku diberi gelaran "cik" tapi kali ini telah bertukar kepada "puan". Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku pada saat ni. Apa tidaknya. Di kala ini umurku sudah pun mencecah 37 tahun tapi baru sekarang bertemu jodoh.

Perkenalan selama lebih kurang 1 tahun dengan suamiku kini berakhir dengan perkahwinan. Walaupun selama ini aku banyak kali dikecewakan namun itu tidak mematahkan semangatku untuk bercinta lagi. Aku yakin Allah lebih mengetahui dari aku siapa jodohku sebenarnya. Dan kini impian ku untuk mendirikan rumahtangga telah tercapai...Amin..aku mengucapkan syukur pada Allah yang maha ESA.

Namun begitu, tanpa ku sedari rupanya tanggungjawabku telah bertambah. Kalau selama ini aku cuma bersendirian melakukan sesuatu perkara tapi kali ni tidak lagi. Aku telah bergelar seorang isteri. Dan aku sudah pun berteman. Suamiku adalah segala-galanya bagi ku kini. Terlepas sudah tanggungjawab keluargaku terhadap diriku dan kini telah memberikan tugas itu kepada suamiku pula..

Sekarang ni aku terpaksa mendapatkan keizinan darinya terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu perkara. Jika tidak, aku akan dianggap berdosa. Terasa beratnya bebanan ini namun aku akan cuba menjadi seorang isteri yang terbaik buatnya. Aku berjanji akan cuba jadi seorang isteri yang taat dan setia hanya padanya. Itu janjiku....

Malam itu kami memilih persalinan warna putih untuk majlis pernikahan kami. Majlis akad nikah berlangsung di masjid. Sudah menjadi kebiasaan orang-orang dikampung ku mengadakan majlis akad nikah dimasji-masjid. Selesai je majlis akad nikah, suamiku sarungkan sebentuk cincin kepada ku buat majlis membatalkan air sembahyang. Selepas itu diadakan majlis jamuan makan untuk keluarga mertua ku.
0 comments

Majlis Pernikahan @ 28hb November 2009

Pada hari Sabtu 28hb Nov 2009 bersamaan 11 Zulhijjah 1430 Hijrah..(Hari Raya ke 2 Aidil Adha) lebih kurang jam 7.00 malam....

Pihak pengantin lelaki tiba dengan 4 buah kereta berangkat dari Maran, Pahang pada pagi tersebut. Mereka ditempatkan di sebuah rumah tumpangan 3 bilik dengan kadar sewa sekitar RM150 semalaman yang tidak berapa jauh dengan rumah pengantin perempuan bagi memudahkan segala urusan.

Selepas Solat Isyak sekitar jam 8.30 malam....

Majlis Akad Nikah berlangsung di Masjid yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan (Masjid Cabang Empat, Jalan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan)

Selesai je Majlis Akad Nikah, pihak keluarga pengantin lelaki terus ke rumah keluarga pengantin perempuan untuk menjamah hidangan makan malam yang telah disediakan.

Setelah selesai menjamu selera, keluarga pengantin lelaki berangkat ke rumah tumpangan untuk berehat sementara pengantin lelaki ditinggalkan untuk sesi penggambaran sebagai kenang-kenangan.

Sekitar jam 11.00 malam....

Pengantin lelaki berangkat pulang ke rumah tumpangan dihantar oleh adik iparnya....




0 comments