Trip ke Pulau Pangkor

Tanggal 24 July 2010, hari Sabtu, pukul 9 pagi.....dengan menaiki 2 buah kereta, kereta aku dan juga kereta kawan sepejabat ku, Sofia. Aku bersama suami, Sofia bersama boyfriendnya dan seorang lagi kawan ofis iaitu May...

Pada masa ini aku tengah mengandung dalam 5 1/2 bulan, anak pertamaku.

Dalam kul 3 petang kami sampai kat hotel, kami stay kat Coral Bay Resort Apartment, selesa sangat. Ada 3 bilik dengan 2 bilik air, ngam2 untuk kami ber5.


Selepas check-in hotel, pe lagi mandi kolam laa.....bagi sejuk skit badan...hahahaaaaaaa...tapi aku tak mandi laa...cuma main air g2 g2 je...almaklum laa perut besar....takut pe2 jadi nanti kan susah...










Ni suamiku yang tersayang....Syoknya.........dapat mandi kolam....












Ni gambar kami berdua tepi kolam....romantik g2 kan.


Lepas mandi kolam, hari dah nak gelap...pe lagi kami bersiap la nak wat BBQ plak. Semua kami dah bawa. Ada ayam, (ni aku dah perap awal2 lagi) ada sosej, jagung & crab stick & tidak ketinggalan tembikai wat cuci mulut. Sayangnya gambar aku dah delete...terlupa nak transfer dulu kat sini....pe pun kenangan tu tetap dalam sanubariku. Best sangat2. BBQ tu pun sedap sgt2. Kenyang sgt2 kami mlm tu.


Esoknya awal2 lagi kami turun sarapan....


Tengok ni, gambar kami tengah breakfast. Makanannya pun sedap juga. mcm2 ada. nasi lemak, mee goreng, nugget, bubur dan mcm2 lagi la. sampai tak larat dah nak makan. berbaloi juga tinggal kat hotel ni. makanannya memang sedappppppppp...




Selepas breakfast ni la kerja kami, bergambar sakan tepi pantai. Ni sebahagian je la gambarnya. yang lain aku dah terdelete la....huhuhu










Tengok, bersihkan pantai dia.
Pemandangannya pun cantik, sejuk mata memandang.
Tenang sangat rasanya.
















Ni je la group kami, tak ramai cuma 5 orang je. tak pe la , janji ada juga kenangan kami ber5. ni pun suruh orang tolong snap kan


Sebelum check-out, sempat lagi bergambar....


Ni gambar dalam bilik, gambar hubby aku dah terdelete juga.. tinggal la gambar aku sorang2.... padan muka, sape suruh gatal2 tangan nak delete cepat2...huhuhu..














Ni gambar kami kat lobi. sementara tunggu kawan g settlekan segala bayaran....

Sebelum balik kami cari la sedikit suvenir wat kawan2 plak. Kat pangkor ni kan terkenal dengan keropok berasaskan makanan laut. jadi kami beli la pe yang patut untuk dibawa pulang. tapi sempat lagi bergambar tu...














Tengok ni gambar kami dengan "paul". 'paul' yang mana? ala.....ahli nujum piala dunia 2010 tu. hahaha.... ni sebelum dia mati la....hahaha..








sempat lagi berbuai tu....

buai la... buai la lagi....





Ni pulak masa kami dalam feri. Nak balik dah ni.



















Pe pun percutian kami ke Pulau Pangkor ni memang menyeronokkan. Cuma rasa tak puas lagi dah kena balik KL. Pe tidaknya, kami pegi 2 hari 1 malam je...


Ni pun boleh la kami anggap sebagai 'honeymoon' untuk perkahwinan kami sebab lepas kawin hari tu kami tak sempat nak g mana2 pun.

0 comments:

Post a Comment