Ini pencuci mulut kegemaranku. Dulu sebelum aku kahwin, aku selalu juga buat puding ni. Bawa gi ofis, jamu kawan-kawan makan. Aku suka tengok mereka makan. Kata mereka , apa yang aku masak semuanya sedap...aku sendiri pun tak tahu pe sebenarnya yang sedap. Tapi memang perangai aku kot, aku suka makan makanan yang sedap-sedap je. Pas tu try buat...ubah la sikit-sikit resepi tu mengikut selera kita. Kalau aku beli tapi tak sedap langsung, mmmmmm...alamat 4 bakul rasanya penuh dengan bebelan aku.
Suami aku pulak tak berapa suka makanan yang manis-manis. Kalau aku masak terlebih gula sikit pun dia akan komplen, kadang-kadang terasa juga hati aku ni. Tapi yang aku peliknya kalau kami makan kat kedai, aku rasa makanan tu manis sikit tapi ok je bagi dia. Mmmmmmmmm.......pe boleh buat selera masing-masing. Alamak, panjang pulak aku membebel ya. Bila nak bagitau resepinya......ok, ok...jangan marah ya...ni resepinya.
Bahan-bahan
5 - 6 keping Roti sandwich
Bahan-bahan A
1/2 tin kecil susu pekat
1/2 tin kecil air suam
2 biji telur saiz besar
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan untuk sos
1/2 tin kecil susu pekat
1/2 tin kecil air
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
kismis dan buah-buahan kering untuk hiasan
sedikit mentega untuk hiasan
Cara-caranya
1. susun roti dalam bekas pembakar
2. siramkan air panas keatas roti untuk melembutkannya. (Jangan sampai basah lenjun)
3. masukkan bahan A ke dalam blender. blend sampai sebati
4. tuangkan ke dalam loyang yang berisi roti
5. hari-hati jangan sampai tertumpah. biarkan roti menyerap bancuhan itu sampai roti tenggelam. sebelum bakar calikkan mentega di permukaan roti
6. bakar selama 30 - 40 minit dengan suhu 180'c. (nak tahu sudah masak ke belum cucuk dengan lidi. kalau masih melekat kat lidi tu bakar sikit lagi sampai masak)
Sementara menunggu puding tu masak apa kata kita sediakan sosnya pula. caranya senang je. Macam ni...
1. blend semua bahan kecuali buah hiasan.
2. masukkan dalan periuk dan masak atas api yang perlahan
3. kena kacau selalu takut berketul-ketul pulak
4. bila dah pekat dan mendidih boleh lah diangkat
5. tuamg keatas puding ketika masih panas
Cara menghias
1. puding yang sudah dimasak dan disejukakan sedikit hendak lah dipotong mengikut kemahuan. (nak potong besar mana) pastikan puding tu masih bersda didalam loyang. kalau nak pindahkan nya ke dalam bekas lain pun tak pe tapi bekas tu mesti la dalam. jangan gunakan pinggan makan pulak
2. tuangkan sos kastard yang masih panas ke atas puding roti. pastikan sos memasuki celah-celah potongan tadi
3. taburkan kismis dan buah-buahan kering untuk hiasan
4. boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba...nampak macam remeh sangat kan tapi sebenarnya tidak kalau kita dah biasa buat. Bagi saya puding ni sangat simple sebab tak guna banyak bahan.
Tips 1 : saya lagi suka gunakan kulit roti sahaja. selalunya kalau orang buat sandwich, kulit tepinya dipotong. betul tak?.. jadi untuk elakkan membazir apa kata kita jadikannya juadah yang sungguh menyelerakan. rasanya benar-benar lain dari roti putih biasa.sebab kulit tepi roti dibakar hangus sedikit kan. jadi puding tu pun rasa macam lain sikit laaa....tapi lagi sedap......
Tips 2 : Aku lebih suka gunakan susu pekat sebab tak payah letak gula. lagi pun manis susu tak sama denga manis gula. Tapi kalau nak gunakan susu cair pun boleh tapi kena la letak gula. Kalau guna susu cair jangan masukkan air ya. sukatan adalah sama mesti satu tin. (1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air = 1 tin = 1 tin susu cair)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment