11 Mac 2011, hari Jumaat, cuti sekolah bermula lagi selama seminggu. Kesempatan ini abang aku bawa anak2nya datang melawat aku kat Shah Alam ni. Semua datang dan tidak ketinggalan mak aku. Mereka rindu sangat nak tengok rupa Arissa Humaira baby aku yg comel tu. Kata mereka nak melawat Putrajaya. Selalu juga datang KL tapi tak pernah pegi Putrajaya.
Pagi Jumaat tu mereka dah bertolak dari Kota Bharu tapi sampai umah aku lebih kurang kul 8.30 malam. Kata abang aku ada accident kat puncak Bukit 7 tu. Jem gila2 la. Klu x mereka dah lama sampai KL ni. Paling lambat pun lebih kurang kul 6.30 petang.
Penuh umah aku malam tu. Pe tidaknya, anak buah aku semua dah besar2. yang sulung dah boleh kawin pun...hahaha..
Ni gambar baby aku, Arissa Humaira. Yang 2 lagi tu anak buah aku, yang paling kecik dgn kakak atasnya. Tahun depan yang kecik tu dah nak masuk tadika. Kakaknya tahun ni dah masuk darjah 1.
Ni gambar mak aku tengah dukung cucunya...cucu yang ni sorang je yang jauh dimata. Yang lain semua kat kampung. Sebab tu la dia rindu sangat dengan cucu yang ni....hehehe...Ni masa kami nak g Putrajaya la ni. Hari Sabtu 12 Mac 2011. Baby pakai baju yang aku jahit sendiri untuk dia. Ibu sayang baby sangat2...muah3x
Ni gambar kami kat masjid Putrajaya yang warna merah tu. Ni semua anak abang aku yang sulung. 8 orang anak dia, ramai kan....semua dah besar2.
Nak masuk masjid kena pakai jubah ni. Masa tu aku pakai seluar dgn baju lengan pendek. Kena la pakai jubah. Klu pakai baju kurung xkena pakai pun. Lain kali klu nak ke masjid kena la berpakaian sopan skit..hehehe....
Ni anak buah aku yang sulung, dah boleh kawin dah ni..skg tengah belajar kat Master Skill. setahun lagi habis la.
Tengok ni...siap berjubah mcm nak terima sijil je....tapi tak tau sijil pe.
Abang aku bersama anak isterinya. Yang kecik atas dukung tu baby aku...
Husband & wife...romantik g2....
Ni anak abang aku yg no.3
Ni anak abang aku yg no.4
Ni yg no.2, 4, 5 & 6
Ni mak kesayangan ku...
Aku pun xlepaskan peluang utk bergambar bersama baby kesayangan ku.
Ishh3x...sempat lagi wat fashion show tu.
Comelnya dia.......cakkk aaa.....
Dah puas jalan2, tiba la masa untuk balik tapi sempat lagi bergambar. Perut pun dah lapar. tak makan tengahari lagi nih. Balik nnt nk singgah kat Giant pulak nak beli lauk utk makan tghari dan mlm nnt.
at
6:28 PM