Sudah lama aku tak update blogku ini...Bukan xde masa tapi aku menjadi malas untuk membuka blogku ini. Mungkin juga disebabkan kandunganku ini aku menjadi tidak berselera untuk melihat blogku ini....
Apabila disahkan mengandung, kehidupanku mula berubah. Aku menjadi tidak berdaya. Nak kata aku mengalami alahan yang teruk tidak juga tapi badanku menjadi lemah. Mungkin disebabkan keadaan kesihatanku yang tidak berapa baik,aku tak berdaya untuk melakukan kerja2 yang sedikit berat.
Aku memang mengidap penyakit darat tinggi dan asma sebelum hamil lagi. Keadaan ini menyebabkan aku terpaksa ulang alik ke hospital Sungai Buloh setiap 2 minggu sekali untuk check-up.Penat memang la penat tapi pe nak buat. Kena la sabar demi kesihatan aku dan juga baby dalam kandunganku.
Pernah aku dimasukkan ke wad disebabkan bacaan BP aku tinggi. Aku pula jenis yang xsuka tinggal di wad. Lagi lama aku tinggal di wad lagi tension dibuatnya. mahu tak nya...tengok orang keluar masuk pun aku dah tension inikan pula tengok orang sakit.
2 hari di wad aku minta balik walaupun doktor tak izinkan. Disebabkan aku tetap berkeras nak balik rumah, aku terpaksa tanggung sendiri kalau pe2 berlaku pada aku. kena la sign borang yang mengatakan hospital xkan bertanggung jawab kalau berlaku perkara yang x diduga.
Selepas itu, pernah beberapa kali doktor sarankan aku tinggal di wad untuk beberapa hari disebabkan BP aku tinggi tapi aku tak nak. Kena sign borang lagi...tapi aku xkisah. Bagi aku, aku lebih suka berehat kat rumah daripada wad hospital. Di rumah lebih tenang dan aman sebab aku tinggal berdua dengan suami je.
Selama aku hamil doktor sarankan aku mengambil bacaan BP aku pada setiap hari. Nak ke hospital atau klinik setiap hari aku mana ada masa. jadi aku beli je BP tester kat internet. Aku beli yang murah je dalam harga >< RM100. Boleh la aku ambil bacaan BP aku kat rumah je. Setiap kali ada appointment, doktor akan minta bacaan BP yang aku catatkan setiap hari. Begitu la rutin hidupku selama aku hamil anak pertama sehingga kandungan aku mencecah 9 bulan.....
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)