BERITA KEHAMILANKU

Hari ini tanggal 20hb Mac 2010, sekitar jam 6.00 pagi aku bangun dari tidur. Malam itu aku tak tau kenapa aku tidak nyenyak tidur. Mungkin disebabkan aku terlalu ghairah untuk membuat ujian air kencing untuk menentukan samada aku mengandung atau tidak.

Semalam aku bersama suami ke klinik panel suamiku di Subang Perdana. Aku mengalami sakit perut sudah 2 hari. Aku tak tau kenapa. Bila aku makan je perut aku akan sakit. Doktor kata aku mengalami gastrik. Tapi yang menghairankan aku, selama ni aku tak pernah terkena gastrik. Sebelum aku mengalami sakit perut, selera makanku makin bertambah. Setiap saat terasa lapar. Bagaimana pula gastrik tiba-tiba menyerangku.

Aku ada bagitau doktor yang aku sudah seminggu terlewat datang bulan. Tapi doktor tu buat tak tau je. Geram aku dibuatnya. Lain yang aku bagitau lain pulak dia 'check'. Yang dia sibukkan adalah penyakit darah tinggi ku. Memang aku juga terkejut sebab bacaan darahku terlalu tinggi (193/140) kalau tak silap aku. Doktor bagi aku ubat masa tu juga untuk aku makan. Depan dia. Aku terpaksa akur walaupun hampa sebab dia tak 'check' pun samada aku mengandung atau tidak.

Keluar dari klinik aku dan suami terus ke farmasi untuk dapatkan 'pregnancy test'. Aku bertanya kepada juru farmasi bagaimana untuk menggunakannya. Maklum la ni pertama kali aku melihat benda tu. Walaupun malu untuk bertanya sebab juru farmasi tu lelaki tapi aku terpaksa buat-buat tak malu. Kata orang malu bertanya sendiri tanggung laa.......

Alhamdulillah, atas nasihat juru farmasi tu yang menyuruh aku untuk membuat ujian pada awal-awal pagi iaitu ketika air kencing pertama yang keluar ternyata tidak mengecewakan. Tidak sampai 5 minit pun keputusan yang aku dapat betul-betul mengembirakan aku. Aku positif mengandung. Dengan hati yang girang gembira, aku bawa keputusan ujian tu ke dalam bilik dan mengejutkan suamiku untuk bangun dan melihatnya. Ternyata suamiku juga terlalu gembira lantas dia memelukku dan menciumku semacam tidak percaya dengan apa yang kami lihat.

Sebelum membuat ujian ni aku ada mengalami sintom-sintom yang tidak normal. Macam ada kelainan yang berlaku pada diriku. Sebab itu lah naluriku kuat mengatakan aku telah pun berbadan dua. Dengan selera makan yang bertambah, cepat terasa lapar, perubahan pada buah dadaku yang membengkak, puting susu yang membesar dari biasa serta kehitaman, kerap membuang air kencing, cirit birit yang tak serius, cepat penat, dan yang pastinya period ku sudah lewat seminggu. Selama ni period ku memang teratur. Tak pernah lewat tetapi setiap bulan semakin awal.

Dan akhirnya impian kami untuk mempunyai anak akan menjadi kenyataan setelah lebih 3 bulan berusaha. Semoga aku dan kandunganku sihat walafiat. Dan mudah-mudahan aku selamat melahirkannya. Amin Ya Rabbi 'Aalamin....
0 comments