RESEPI KETUPAT SOTONG

Ni resepi dari ibunda tercinta... Mak selalu juga buat ketupat sotong ni untuk anak-anaknya...5 kilo sotong pun masih tidak mencukupi kalau semua anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul. Tahun Baru Cina hari tu, aku dan suami balik kampung kat Kota Bharu. Cuti seminggu katakan. Kami ke Lata Tembakah di Terengganu untuk berkelah. Seronok sangat. Bila balik kami singgah kat Tok Bali nak beli ikan. Kebetulan ada kawan suami kirim keropok lekor. Mak pula beli sotong 2 kilo kat Tok Bali. Katanya nak buat ketupat sotong. Emmmmmmm....sedapnya aku cakap. Dah lama tak makan ketupat sotong mak. Sampai kat rumah dah petang. Esoknya selepas sarapan pagi kami kerjakan sotong tu...hehehe...

Bahan-bahan

2 kilo sotong (yang kecil)
1 kilo beras pulut
1 biji kelapa diambil santan
8 keping gula melaka
garam secukup rasa
daun pandan
lidi
perwarna kuning

Cara-cara

- Cabutkan kepala sotong dan bersihkan isi dalamnya.

- Basuh bersih dan keringkan airnya

- Beras pulut dimasak dengan sedikit santan dan garam

- Bila dah masak, sejukkan dulu pulut tu hingga suam-suam kuku.

- Sumbatkan pulut ke dalam perut sotong. Jangan sampai penuh,cuma 3/4 sahaja

- Cantumkan semula kepala sotong dan cucukkan dengan lidi agar kepalanya tidak tercabut. Buat sampai sotong habis.

- Pulut yang lebih jangan dibuang. Boleh dimakan bersama kuah sotong nanti... sedappppppp sangat..

- Kemudian rebus air bersama santan yang jernih (santan yang perah kali ke 3) kira-kira 1 atau 2 liter. Letakkan sedikit pewarna kuning bagi nampak cantik sikit. Kalau tak de perwarna pun tak pe.

- Bila air dah mendidih, masukkan sotong. Rendam je sotong tu dan jangan lama sangat, agak-agak dalam 1 atau 2 minit je, terus angkat. Takut nanti sotong tu akan pecah pula. kalau tak muat nak letak semua sotong, letak je setakat yang muat dengan air tu. Rebus sampai sotong habis. Dah habis tuangkan air rebusan sotong.

- Dalam periuk yang lain, masak air dalam 500ml dan gula melaka. Bila gula melaka dah hancur, masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam. Kalau kurang manis boleh tambah gula lagi.

- Masak kuahnya lama sedikit hingga kelihatan sedikit pekat.

- Masukkan sotong dan bila mendidih tutupkan api.

Perlu diingat, sotong jangan rebus lama sangat takut nanti keluar pulut yang didalam perutnya. Biarkan sedikit sejuk dan sedia dihidangkan.

Tips: Jangan simpan ketupat sotong dalam peti ais sebab sotong akan jadi keras. Kalau tak habis biarkan ianya dalam suhu bilik tetapi perlu dipanaskan setiap 8 - 12 jam. Dengan cara ini ia tahan dan tak mudah basi. Selamat Mencuba.....
0 comments

Puding Roti Bersos Kastard

Ini pencuci mulut kegemaranku. Dulu sebelum aku kahwin, aku selalu juga buat puding ni. Bawa gi ofis, jamu kawan-kawan makan. Aku suka tengok mereka makan. Kata mereka , apa yang aku masak semuanya sedap...aku sendiri pun tak tahu pe sebenarnya yang sedap. Tapi memang perangai aku kot, aku suka makan makanan yang sedap-sedap je. Pas tu try buat...ubah la sikit-sikit resepi tu mengikut selera kita. Kalau aku beli tapi tak sedap langsung, mmmmmm...alamat 4 bakul rasanya penuh dengan bebelan aku.

Suami aku pulak tak berapa suka makanan yang manis-manis. Kalau aku masak terlebih gula sikit pun dia akan komplen, kadang-kadang terasa juga hati aku ni. Tapi yang aku peliknya kalau kami makan kat kedai, aku rasa makanan tu manis sikit tapi ok je bagi dia. Mmmmmmmmm.......pe boleh buat selera masing-masing. Alamak, panjang pulak aku membebel ya. Bila nak bagitau resepinya......ok, ok...jangan marah ya...ni resepinya.

Bahan-bahan

5 - 6 keping Roti sandwich

Bahan-bahan A

1/2 tin kecil susu pekat
1/2 tin kecil air suam
2 biji telur saiz besar
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan untuk sos

1/2 tin kecil susu pekat
1/2 tin kecil air
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
kismis dan buah-buahan kering untuk hiasan
sedikit mentega untuk hiasan

Cara-caranya

1. susun roti dalam bekas pembakar
2. siramkan air panas keatas roti untuk melembutkannya. (Jangan sampai basah lenjun)
3. masukkan bahan A ke dalam blender. blend sampai sebati
4. tuangkan ke dalam loyang yang berisi roti
5. hari-hati jangan sampai tertumpah. biarkan roti menyerap bancuhan itu sampai roti tenggelam. sebelum bakar calikkan mentega di permukaan roti
6. bakar selama 30 - 40 minit dengan suhu 180'c. (nak tahu sudah masak ke belum cucuk dengan lidi. kalau masih melekat kat lidi tu bakar sikit lagi sampai masak)

Sementara menunggu puding tu masak apa kata kita sediakan sosnya pula. caranya senang je. Macam ni...

1. blend semua bahan kecuali buah hiasan.
2. masukkan dalan periuk dan masak atas api yang perlahan
3. kena kacau selalu takut berketul-ketul pulak
4. bila dah pekat dan mendidih boleh lah diangkat
5. tuamg keatas puding ketika masih panas

Cara menghias

1. puding yang sudah dimasak dan disejukakan sedikit hendak lah dipotong mengikut kemahuan. (nak potong besar mana) pastikan puding tu masih bersda didalam loyang. kalau nak pindahkan nya ke dalam bekas lain pun tak pe tapi bekas tu mesti la dalam. jangan gunakan pinggan makan pulak

2. tuangkan sos kastard yang masih panas ke atas puding roti. pastikan sos memasuki celah-celah potongan tadi

3. taburkan kismis dan buah-buahan kering untuk hiasan

4. boleh lah dihidangkan.

Selamat mencuba...nampak macam remeh sangat kan tapi sebenarnya tidak kalau kita dah biasa buat. Bagi saya puding ni sangat simple sebab tak guna banyak bahan.

Tips 1 : saya lagi suka gunakan kulit roti sahaja. selalunya kalau orang buat sandwich, kulit tepinya dipotong. betul tak?.. jadi untuk elakkan membazir apa kata kita jadikannya juadah yang sungguh menyelerakan. rasanya benar-benar lain dari roti putih biasa.sebab kulit tepi roti dibakar hangus sedikit kan. jadi puding tu pun rasa macam lain sikit laaa....tapi lagi sedap......

Tips 2 : Aku lebih suka gunakan susu pekat sebab tak payah letak gula. lagi pun manis susu tak sama denga manis gula. Tapi kalau nak gunakan susu cair pun boleh tapi kena la letak gula. Kalau guna susu cair jangan masukkan air ya. sukatan adalah sama mesti satu tin. (1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air = 1 tin = 1 tin susu cair) 0 comments