Tanggal 25hb Mac 2010, hari Khamis, aku mengambil cuti separuh hari pada hari ini. Tujuan ku untuk ke klinik Desa Kg. Subang, dekat juga dengan rumah aku. Setiap pagi macam biasa aku menghantar suamiku ke tempat kerjanya dahulu. Dari rumah pukul 7.00 pagi dan sampai kat tempat kerja suami dalam pukul 7.30 pagi. Selepas balik dari menghantarnya, aku terus ke klinik desa kg.subang tetapi masalah aku sebenarnya aku tidak tahu di mana terletaknya klinik tersebut. Berdasarkan peta yang diberikan oleh seorang kawan aku mencari klinik tersebut sambil bertanyakan kepada orang yang aku jumpa disekitar kg. subang. Akhirnya, sekitar pukul 8.30 pagi sampai juga aku di sana. MasyaAllah, ramainya orang, aku berkata-kata dalam hati.
Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di klinik tersebut. Macam orang kebingungan, aku tak tau nak buat apa. Kawan aku ada bagitau, untuk ibu mengandung cuma boleh datang hari isnin dan khamis saja. Manakala hari lain untuk ibu dan anak. Tanpa malu dan segan aku bertanyakan kepada orang bagaimana dan dimana untuk aku mendaftarkan diri. Selepas diberitahu, aku terus ke satu meja dan terus memberitahu kepada seorang "nurse" tujuan aku untuk 'first check-up'. 'Nurse' tanya aku samada aku dah buat 'appointment' ke belum? Aku cakap belum dan 'nurse' suruh aku datang balik pada 15hb April 2010 nanti. Aku cakap ok tapi aku taknak mengalah. Aku bagitau padanya yang aku ni ada darah tinggi dan kebetulan ubat aku pun dah habis.
Tanpa berlengah dia terus rujuk kes aku ke doktor dan terus buka rekod untuk aku. Dia suruh aku ambil no. giliran dulu. MasyaAllah no. 87 laa.... aku tengok kat 'screen' sekarang baru no. 24 yang dipanggil. Alamak!! pukul berapa aku boleh balik ni. Dia suruh aku buat urine test dulu dan selepas itu dia suruh aku tunggu. Dalam masa yang sama dia panggil 10 orang no. terdahulu untuk test darah dan timbang berat. Tiba giliran aku untuk ambil tekanan darah, dia terkejut sebab bacaan menunjukkan 159/111. Terus bagi aku kat nurse seorang lagi untuk maklumat lanjut. Aku ditanya tentang keluarga aku, penyakit keturunan, dan macam-macam lagi. Selepas tu dia suruh aku ambil berat badan, dan mangambil sampel darah aku untuk kesan penyakit lain.
Selesai je temuramah, aku terus dipanggil masuk bilik pembantu doktor. Rupanya kes aku dikecualikan dari mengikut turutan no. giliran. Di dalam bilik aku disoal lagi dengan macam-mcam soalan. Aku disuruh baring untuk check perut dan payudara. Selesai aku disuruh tunggu dulu diluar sementara menunggu doktor panggil untuk tindakan lanjut. Tak sampai 10 minit no.aku dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Aku disoal lagi dengan macam-macam soalan. Penat la rasa nak menjawab setiap soalan yang sama. Di dalam tekanan darah aku diambil lagi. Melihatkan bacaan aku masih di tahap tinggi 150/100, doktor terus nak rujuk aku ke hospital. Aku taknak ke hospital tapi doktor tetap berkeras. Akhirnya doktor panggil ambulan dan hantar aku ke hospital hari tu juga.
Dari cuti separuh hari aku terpaksa call pejabat untuk minta cuti penuh. Di hospital aku dihantar ke wad bersalin untuk tindakan lanjut. Dalam hati aku xputus2 berdoa supaya aku dapat balik kerumah. Alhamdulillah selepas beberapa jam menunggu di katil, tekanan darah aku turun sedikit dan aku dibenarkan balik petang itu juga. Aku menaiki teksi untuk ke klinik desa semula untuk mengambil keretaku yang aku tinggalkan kat situ.
0 comments:
Post a Comment