Majlis Persandingan @ 29hb Nov 2009

Majlis Persandingan berlangsung pada hari Ahad, 29hb November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430 Hijrah di kampung kelahiran pengantin perempuan yang beralamat di Kampung Pantai Dasar, Sabak,Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Sementara pengantin lelaki pula berasal dari negeri Pahang daerah Maran.


Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga pada yang Maha Esa kerana pada hari berlangsungnya kenduri perkahwinan cuaca terang & cerah sekali tanpa hujan setitik pun walaupun pada hari sebelumnya hujan turun mencurah-curah tanpa henti selama beberapa hari diikuti dengan keadaan banjir di sana sini dalam negeri-negeri pantai timur.

Majlis kenduri berlangsung pada jam 12.00 tengahari sementara majlis persandingan diadakan lebih awal sedikit iaitu antara pukul 1.00 ~ 2.00 petang disebabkan keluarga pengantin lelaki terpaksa bertolak balik ke Pahang pada petang tersebut juga. Hidangan untuk majlis ini disediakan dengan gotong-royong & dimasak sendiri oleh mak dengan dibantu oleh saudara mara dan juga jiran tetangga.





Gambar kenang-kenangan bersama ahli keluarga & kawan-kawan...semoga kenangan ini dapat diabadikan dalam diri kami berdua selamanya....




Majlis kami selesai pada sebelah malamnya... kebiasaan orang-orang kampung apabila mengadakan sesuatu majlis, selagi ada tetamu selagi itu lah kami akan hidangkan makanan tanpa mengira waktu.

0 comments:

Post a Comment