Majlis bertandang ke rumah Mertua @ 5hb December 2009

Pada hari Sabtu 5hb Disember 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi....

~ 6 buah kereta bertolak dari Kota Bharu menuju Maran, Pahang.
~ Rombongan menghantar pengantin perempuan bertandang ke rumah mertua
~
Perjalanan yang panjang yang mengambil masa kira-kira 8 - 9 jam.
~ Kali ni kami melalui jalan Kota Bharu - Gua Musang - Kuala Lipis - Raub - Lanchang - Maran.

p.s. ===> sempat lagi bergambar di dalam kereta masa dalam perjalanan ke Maran


Kira-kira jam 2.00 petang kami berhenti makan & solat di Masjid Jalan Sg. Koyan.
~ Jam 3.00 lebih kami meneruskan perjalanan.
~ Disebabkan kami telah penat memandu, sampai di Lanchang kami terus masuk
Karak Highway menuju Maran, Pahang. (Kalau ikut plan asal, kami akan terus ikut jalan biasa melalui Temerloh untuk ke Maran)
~ Jumlah tol = RM9.00 ++
~ Sampai di Bandar Maran kira-kira jam 6.30 petang. Singgh sekejap di Bandar Maran & Masjid Maran untuk ke tandas, isi petrol dan lain-lain.
~ Kira-kira jam 7.00 malam baru la kami semua sampai di tempat yang hendak dituju.
~ Semua tetamu telah tiada, hanya rombongan kami je yang menjamu selera. Nak Buat
macamana? Dah nasib kami.....pengantin sampai tanpa disambut.....Lambat sangat sampai.
Padan Muka sendiri....huhuhuuuuuuuuuuuuu....

p.s. ===> gambar sehari selepas majlis di rumah pengantin lelaki....pe nak buat...rombongan pengantin lambat sampai. xsempat nak bergambar sebab semuanya dah kepenatan....
Ini saja gambar kenangan yang sempat kami rakamkan buat semua.

1 comments

Majlis Persandingan @ 29hb Nov 2009

Majlis Persandingan berlangsung pada hari Ahad, 29hb November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430 Hijrah di kampung kelahiran pengantin perempuan yang beralamat di Kampung Pantai Dasar, Sabak,Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Sementara pengantin lelaki pula berasal dari negeri Pahang daerah Maran.


Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga pada yang Maha Esa kerana pada hari berlangsungnya kenduri perkahwinan cuaca terang & cerah sekali tanpa hujan setitik pun walaupun pada hari sebelumnya hujan turun mencurah-curah tanpa henti selama beberapa hari diikuti dengan keadaan banjir di sana sini dalam negeri-negeri pantai timur.

Majlis kenduri berlangsung pada jam 12.00 tengahari sementara majlis persandingan diadakan lebih awal sedikit iaitu antara pukul 1.00 ~ 2.00 petang disebabkan keluarga pengantin lelaki terpaksa bertolak balik ke Pahang pada petang tersebut juga. Hidangan untuk majlis ini disediakan dengan gotong-royong & dimasak sendiri oleh mak dengan dibantu oleh saudara mara dan juga jiran tetangga.





Gambar kenang-kenangan bersama ahli keluarga & kawan-kawan...semoga kenangan ini dapat diabadikan dalam diri kami berdua selamanya....




Majlis kami selesai pada sebelah malamnya... kebiasaan orang-orang kampung apabila mengadakan sesuatu majlis, selagi ada tetamu selagi itu lah kami akan hidangkan makanan tanpa mengira waktu.
0 comments